Sambung citer .........aku kalau kat opis termenung skit pantang di lihat bos, ada je ayat yg dia nak kenakan aku hehehhe tapi selalunya yg melucukan.Tahu bos coba menghiburkan ati aku,dia selalu kata aku nie kalau menung mesti ingat cik abang dia lerrrr hhehehe kekdg aku jawap balik kekadang tu senyum je. Memang sonok sgt dapat bos yg sporting,selalu dalam meeting dia bersikap tegas tapi ada unsur2 humor dan selalu ayat pamousnya " Tak mau,tak mau,tak mau"hehehehe
Baru nie kerana risau sgt tgk fail begitu banyak,aku telah mengajak kawan buat kerja luar,walau aku di beri pengecualian atas sebab keadaan diriku.Tapi kerana boring,nak juga buat..........last2 3 ari 2 mlm aku berehat di hospital......padam muka aku.Nasib la ari tu bos takder kalau tidak aku pasti dgr bebelannya atas kedegilan aku.Actually aku mmg tak sonok buat "kerja atas meja je"mmg sepatutnya tak boleh dan kerana rasa ketidakpuasan itu la aku telah melakukan keja luar,mmg rasa sonok sgt bila dapat menyelesaikan tugas tapi lembik aku ari tu.....Erm kekwn pun ada ngak yg leterkan aku tapi sikit2 je sbb mrk tak sampai ati tgk aku hehehehe.......
Petang aku masuk wad terasa sedih sgt,tambah2 bila tgk pesakit lain di lawat sanak-saudara,aku je keseorangan.....nasib la katil aku terlindung disebalik tiang so tak nampak sgt org ramai..........dlm sejam kemudian kekwn opisku datang melawat...baru la rasa hapi sgt,dgn gelagat mrk yg giler2 buat aku rasa sonok sgt......mrk tak putus2 dlm 3 ari tu sms aku kalau aku memerlukan apa-apa.Erm....baru la aku rasa bersalah sgt buat kekwn risau,mak aku pun sampai sakit2 kepala pikir aku dia nak datang tak boleh sebab bapa pun tak sihat,suami aku pun bukan main risau...alahaiiiiiiiiiiii.Ari kedua aku di wad(nie la fisrt time aku masuk wad,selalu aku jaga org kat wad) sarapan pagi mrk hanya sediakan roti 2 keping dgn air susu or kopi......pukul 12 baru makan nasi pula,mak oiiiiiiiii bayangkan la,aku mmg lapar giler2 dgn keadaan diriku yg mengandung.....huhuhuhu sedihnya.Segan nak minta tlg kwn datang belikan aku makanan,walau mrk pesan jika aku memerlukan apa-apa bgtau. Aku mkn buah yg di bawa kekwn,bagi mengalas pewut,tapi still lapar.........dlm keadaan mmg lapar tu,tiba-tiba kakak berdepan katilku menghulurkan sebungkus nasi,dia suruh hubbynya beli nasi untuknya dan aku.......terasa malu dan sedih pula bila ada yg prihatin tgk keadaanku.Petang tu kakak di dpn katilku dah boleh balik,sonok bukan kepalang dia heheehehe.......aku di ziarah kawan sechatingku,bkn main marah dia bila aku lambat bgtau aku masuk wad.Tgh2 dok borak,tipon aku berbunyi...airan aku nombor opis.....nie mesti ada yg p buat keja kat opis......aku dpt pengkhbaran gembira......pertukaran aku telah berjaya dan bln April nie boleh la aku berhijrah dari pulau ke tasik pula....syukur alhamdulilah,ada hikmah atas apa yg aku alami nie.
Ari ketiga aku di wad,pagi tu mcm biasa breakfast dgn 2 keping roti dan air susu.....kali nie aku dgn adik katil sebelah,mmg menahan lapar nak tunggu kul 12,adik tu pun tunggu hubby dia mai antar makanan.......Kami berdua lapar sampai tertido kjp hehehe...tepat2 kul 12 aku mula tertanya2 mana la nasi nie tak mai lagi......adik sebelah sampai gelak tgk aku,nasi dihantar lewat 20 minit,nampak je nasik terus belasah...lapar maaaaaaaa,tapi adik tu mkn tak abis.Tak lama kemudian hubby adik tu bawa mknan kat dia,rupanya kat aku pun mrk belikan nasi.......erm terharunya.Tup! Tup! Tup! aku dapat tipon adik lelakiku nak mai tgkku........ari nie aku dapat balik...horeyyyyyy!!!! tapi sempat la adik lelakiku datang ziarah,lega ngak ada la yg tlg p bayar dan angkat begku yg mmg berat hehehehe.......Doktor bagi aku cuti 4 ari lagi.......mmg sonok tapi risau ngak keja kat opis banyak yg belum siap,ialah aku dah nak bertukar so nak la settle semua keja dulu,baru sonok nak berpindah dan tak la aku membebankan kekwn dengan keja aku yg terbengkalai.........Moral the story setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya so kena la byk bersabar.......................
I'm back!!!
15 years ago
0 comments:
Post a Comment