Pagi nie aku bangun lewat juga cover beberapa ari tak cukup tido,nasib la baby aku tak meragam dalam pewut.Sepanjang 4 ari aku bercuti ada je keja yang aku buat,boring la dok saja......dah la sorang2.Adik2 housemate aku yg lain semua p keja.

Hari ahad aku terpaksa ke hospital semula amik kad untuk keputusan rawatan susulan berjumpa Doktor Pakar,letih juga maklum aku kena drive sendiri.......nasib la cuaca tak panas sebab ujan renyai2.Sempat la aku lepak kejap kat wad,jumpa adik sebelah katilku dia lagi 3 ari baru boleh kuar......tak sabar2 dia nak balik,risau dia kalau kena tambah beberapa ari lagi hehehhe katilku dah ada pengantinya kejap je dah ada orang lain.Kemudian aku terus balik umah,tak beli pun makanan...ntah tak larat nak singgah mana2,aku terus je tido bila sampai umah.Letih maaaaa......kul 2 lebih ada call,kekwn nak datang lawat aku....kelam-kabut ngak la kemas skit bilik yg mmg tak kemas sejak aku tak sihat nie hehehehe.........Rata-rata kekwn tak tahu aku masuk wad sebab aku masuk sehari sebelum cuti minggu,tapi cepat pula depa dapat tau aku nak bertukar hehehehe

Hari isnin,petang tu patutnya kena jumpa Doktor kat klinik.......sepagi aku lepak je atas katil badan ntah rasa lemah je......dlm kul 12 tengahari nurse call ckp aku tak payah datang...lega yg teramat sgt,apalagi aku sambung tido hehehehhe aku mkn apa yg ada dlm bilik nak kuar malas.....Petang aku pesan kat housemate tolong beli mknan .Malam tu adik2 kat umah dok ajak aku ke rumah mereka kat sebuah pulau,dah lama depa ajak tapi aku yg tak berpeluang,tapi kali nie mrk ajak sgt2 sebab aku dah nak berpindah dan tak tau bila pula dapat jumpa lagi...so aku pun bersetuju maklum aku masih bercuti.

Hari selasa sebelah petang selepas adik2 tu balik keja bertolak la kami ke pulau yg di katakan,naik bot dlm 15 minit sampai la ke rumah mereka.Dari jetty kami kena menaiki motor nak ke rumah mereka jauh juga la dan suasana kat situ sunyi dengan bukit-bukau sepanjang jalan........Seorang adik yg ikut sekali sampai sanggup ponteng keja esoknya hehehehe semata-mata nak ikut sekali mereka nak celebrate aku berpindah sama.

Hari Rabu......kami masak mcm2 nak berkelah tepi pantai,dekat pulau nie seafood cukup byk,nak mkn ketam dan udang besar2 cukup senang...aku sampai naik muak terlalu byk sgt.Ikan pun pelbagai jenis dapat dilihat di sini,kehidupan penduduk di sini rata2 nelayan.....kalau nak keja swasta or gomen kena ke daratan lerrrr.......Kat pulau nie hanya ada balai polis,sekolah dan kemudahan asas agak terhad,bayangkan balai bomba takder,jika berlaku sebarang kebakaran mmg agak susah la.......sepanjang aku di sini kami pusing pulau dengan motor,jadi minah rempit kejap.........mmg cantik permandangan kat pulau nie......Kalau sesiapa nak bercuti untuk menenangkan fikiran mmg tempat nie cukup sesuai,ada di sediakan chalet2 tepi pantai dan ada juga homestay.Keluarga kawanku nie mmg sedang menjadikan rumah mereka sebagai homestay sebab setiap tahun mereka akan mendapat anak angkat yg datang bercuti ke pulau ini. Ikutkan petang nie aku bertolak balik,tapi atas pujukan parents kawanku supaya jgn pulang lagi......maklum pusing pulau pun belum abis so kami tak jadi balik.....mmg petang tu pusing sakan minah2 nie termasuk aku yg setia menjadi pembonceng... kami menaiki jambatan kecik yg menuju ke tengah2 laut dengan motosikal,gayat juga la sebab angin tengah kuat tapi permandangan mmg cantik,maklum hari hampir senja.Kami apalagi berposing sakan,aku terasa sayu tgk gelagat adik2 housemateku nie yg tak abis2 bergilir2 tangkap gambar dgnku(lepas nie takder lagi)..........Erm aku mmg bersyukur sgt dapat kekwn opis,housemate,jiran2 yg baik2 sepanjang setahun aku berada di pulau ini.Alhamdulilah............

Hari Khamis seawal kul 6.30 pg aku dengan adik housemate menaiki bot nak pulang,ombak pagi tu beralun kuat,aku sampai takut dibuatnya,dah la bot kecik je.Mmg cemas juga la hehehhe maklum tak biasa naik,ramai juga penumpang sebab mereka semua bekerja di daratan.Ombak memukul bot cukup kuat mmg terasa sangat hentakan tu pewut pun rasa sedikit sakit....nasib tak lama kami pun sampai.....kat jeti dah ada beberapa penumpang dgn berbaju batik sedang menunggu giliran nak naik bot pula, aku pasti mesti cikgu2 yg mengajar di pulau itu.Bagi aku setakat bercuti boleh la kalau nak hidup di pulau yg agak terpencil begitu.....tak nak lerrrrrrrr.

Mmg letih sgt pagi tu.....balik rumah kejap salin baju terus pergi keja.Sampai opis ramai juga yg bercuti,aku buat keja takat yg larat je......maklum letih masih ada,kekwn banyak yg tanya ttg tempat pertukaranku dekat ka dgn rumah,actually aku pun tak tau sgt jaraknya hehehehe kebetulan pagi tu ada pemasangan komputer baru,bukan main canggih lagi......aku pun dapat satu komputer baru.....bos apalagi dok perli aku,rugi dah dpt komputer baru nak pindah pula hehehhe aku jwp takder rezeki,tapi takper ada seminggu lagi boleh la merasainya juga hahahaha
bos senyum je................Erm bos masukkan namaku untuk perjumpaan bulanan yg akan di adakan di SP,sayangnya ari tu aku kena jumpa Doktor Pakar,tak dapat la aku nak jumpa kekwn dari daerah yg lain buat kali terakhir huhuhuhu.......Sepanjang aku bekerja di beberapa tempat kesemuanya aku mendapat bos lelaki dan kesemuanya baik2 belaka.Alhamdulilah........aku juga berharap bos aku yg baru nati pun sebaik bos2 aku yg terdahulu dan aku mendapat kekwn yg baik2 juga....risau juga nak mulakan hidup baru di tempat orang,harap2 semuanya berjalan dengan harmoni.Insya-Allah................

0 comments: